Isnin, 12 Mac 2012

pesanan buat yang bergelar sahabat....

Bagaikan hidup gelap gelita dirasai
Tanpa cahaya yang menerangi
Bagaikan hidup sunyi sepi
Tiada siapa yang menemani
Begitupun peramah dan suka mendekati
Itu puncanya ramai sahabat yang mendekati
Tapi sayang, keluh kesah tiada siapa yang memahami
Rasa terkilan diri tidak dihargai
Luka di hati sendirian diselami
Daku mengerti siapalah diri ini
Daku juga bukan orang yang dikenali
Bila terbit rasa senang di hati
Ramai pula sahabat yang mendekati
Itulah ragam manusia zaman ini
Orang yang berduka pula dijauhi
Ingatlah sahabatku yang dikasihi
Hidup berkongsi tidaklah rugi
Duka dan suka sama-sama dirasai
Kelak hidup diberkati Ilahi
Barulah peroleh kesenangan di hati

from....
ana-fastaqim

Tiada ulasan:

Catat Ulasan