Khamis, 29 Disember 2011

Mahalnya MUslimaH itu KeraNa...

~muslimah pakai tudung labuh, GIRLS cakap ala x high in la, sekarang ni shawl ok.
~muslimah pakai jubah labuh, GIRLS cakap ala x ikut fesyen betol dye ni.
~muslimah pakai stokin, GIRLS cakap ala kaki x lawa la tu.
~muslimah pakai purdah, GIRLS cakap ewww malu la tu nk tunjuk muka.
~muslimah bdakwah, GIRLS cakap hari2 boleh dengar kat masjid.

wahai insan yang bergelar GIRLS kutuklah semahu2 kalian sehingga kalian merasa puas.. Tapi ingat ade yg lebih berkuasa dari kalian di ATAS sana..

#PERINGATAN !!! Biarlah org kutuk kita memakai baju ketinggalan zaman, asal kita x pakai bju akhir zaman.. :)

BUKAN UNTUK MEMERLI..SEKADAR RENUNGAN..:DD

ikhlas dari : Ana Al-Thofunnisa'

Rabu, 28 Disember 2011

KeNaPa dEnGan AkU,TuhaN??

kadang2 apa yg kta impikan xsmua tue trcapaikan,aq jelez....
aq jelez sngat bla aq tngok mslimah bprdah sdgkan aq tdak,
aq jelez...
aq jlez sngt bla tngok mslimah solehah sdgkn aq tdak,
aq jga jlez...
pabila aq tngok mslimah warak dngn tdung labuhnya mskipon aq jga brtdung lbuh tpi aq tdak seindah pmndngan...
knp?????
adakah aq msih tdak smpurna dan tdk layak ntuk mndapat title trsebut..??
aq jga ingin d glar mslimah solehah tpi aq x bisa...
aq X BISA............
min: Ana Al-Thofunnisa" 94

Rabu, 21 Disember 2011

Mencari Cinta & Memahami Rindu

Sekarang baru nak paham apa erti rindu eh…? Sebelum ni? Mungkin sebelum ni tak paham, dan dengan alasan yang sama agaknya untuk kerap putus cinta. Yelah.. malas nak gossip hal orang lain.Aku rase elok kita kongsi bersama perkara ni. Tak terlalu sulit untuk diceritakan menganai soal hati dan perasaan kepada orang lain melalui penulisan. Kiranya ade sedikit sikap keterbukaan pada penulisan aku untuk entri pada kali ni.
Kalau dulu??? Erm.. tak pernah plak nak mengkaji pasal perkara ni. Jadi ape beza dulu dengan sekarang ni? Ah.. aku tak tahu pulak kamu semua macam mana. Bercinta dulu baru berkenalan??? haha.. susah beb.. Sememangnya agak kusut untuk dihuraikan perasaan sekarang ni. Oh lupa pulak… entri pada kali ni pon sememangnya susunan tatabahasa agak tak berapa normal dari biasa. Aku rasa lebih santai sekiranya menggunakan bahasa yang agak pasar.
Masih ade agaknya yang tercari-cari cinta. Pada aku la:-
“Cinta sememangnya perlu dicari sebab ianya adalah naluri manusia itu sendiri”

Itupon kalau kena pada gayanya. Kesederhanaan amatlah penting dalam berkawan ni… jangan terover, jangan terpesong, jangan mengongkong. (Banyak pulak jangannye)
by: Ana Al-Thofunnisa'

Rabu, 7 Disember 2011

Saya Sayang Sahabat Saya...

Ke manakah Destinasi Kita Yang Sebenarnya..?

"Dijadikan indah pada (pandangan)
manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini,
iaitu; wanita-wanita,anak-anak,hatta yang banyak dari jenis emas,
perak,kuda pilihan,binatang-binatang ternak dan sawah ladang.
Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi 
Allah-lah tempat yang baik (syurga)."

Ali Imran : 14

Ya Allah,Aku Jatuh Cinta..

Ya Allah,
yang membolak-balikkan hati kami..
selama ini aku tidak pernah tahu bagaimana 
rasanya cinta
namun ku berharap
bila cinta hadir menyapaku
aku tidak akan kehilangan Engkau

Ya Allah,
selama ini aku hanya berharap
semoga dapat mencintai
orang yang memiliki cinta yang 
luar biasa pada-Mu

Ya Allah,
selama ini aku berharap
semoga akan dicintai
oleh orang yang dapat mengarahkanku
menuju keredaan-Mu

Pintaku Ya Allah,
izinkan aku memiliki rasa ini
Hingga ia menjadi indah di dada kami
Tanpa mengurangi rasa cinta kami...
padaMu...


iklas min  ana..:
-Ana Al-ThOfuNNisa'-


Sabtu, 26 November 2011

Cukuplah Sampai diSini Sahaja...

sdahlah....ckuplah...hntikan smua hrapan yg prnah kau bgi ntuk aq,aq dah pnat,ltih,jemu,sakit mnggung smua yg prnah kau bgi dlu.Andai wktu itu bley di ptar2,akn ku pnta pdaMU Tuhan jngn prnah kau knali dngn dia,jngn sesekali kau biar hti ini slalu mghrap cinta dia,jngn prnah eotak ini mengigati dia...aq xnak Ya Allah...
aq pnya hti,prsaan,jiwa,tpi knp engkau tega skli khianati hti dan prasaan ini.?


aq cma inginkan seorg mujahid yg bisa mndorongku,mnjgaku,mlndungiku,mndmpngiku,mncintaiku di saat aq ssah mhupon snang..tdak smua org a'lim itu baik dan zuhud malahan mreka ini jgak lah yg tlah mncipta api nraka ntuk dri mereka dan ntuk si kaum hawa yg tlah trlibat dngn jurang "CINTA ISLAMIK" mereka....."CINTA ISLAMIK" knon........skitnya rsa hti ni x t'peri tpi apkan dya,aq msti sbar dan rdho dngn ap yg blaku...
dan stu2 nya yg ku amt hrap moga aq jga bisa ketemu dngn syhidku dan MUJAHIDKU stu hri nnti iatu insan yg bnar2 mncitaiku,mnyayangiku sperti mna dy mncintai dan mnyayangi Allah dan Rasulnya....


"Sayangilah Orang Yang Menyayangi Kita bahkan Bukan Kita Yang Menyayanginya"
krna org yg kta syngi itu blom tntu lgi syang kpd kita...



hsil nukilan:
Ana Al-THofunnisa' 94 

Sabtu, 19 November 2011

Dan kini...Aku Mengerti

RABU, 16 MAC 2011

Dan Kini Aku Mengerti

Sudah lama aku tidak 'update' blog ini.. Jiwaku yang agak kacau menyebabkan aku tiada idea untuk meneruskan kesinambungan cerita aku.. Aku tidak mampu untuk menyusun bicara, menghasilkan cerita yang lahir tulus dari hatiku... meluahkan perasaan hati yang terbuku... 

16hb Mac 2011... sama seperti tahun-tahun yang lepas, bertahun-tahun lamanya aku kesepian. Tiada istilah gembira dihati aku melalui hari ini iaitu hari kelahiran aku yang ke 37 tahun. Tidak pernah aku merasa diraikan walaupun pada tarikh ini selama 7 tahunnya dahulu aku bergelar seorang isteri. Aku sudah lali tidak pernah dihargai oleh orang-orang yang aku sayangi, walau dalam hati ada sedikit rasa terkilan... 

Hari ini, selepas saja aku selesai solat subuh, aku memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi,  bersyukur kerana masih lagi diberi satu nafas untuk beribadah kepadaNya. Allah SWT menyayangi aku.. kerana masih lagi memberi aku peluang mengucup Al Quran di subuh hari dan mengalunkan 'Yasin' untuk kusedekahkan kepada orang yang telah meninggalkan aku dan juga sebagai kekuatan diri aku menghadapi dugaanNya. Allah SWT menyayangi aku kerana masih lagi memberi aku peluang menggunakan kesemua ruas jari tanganku untuk membilang zikir memuji kebesaran Ilahi.. Allah SWT masih menyayangi diriku kerana memberi peluang kepadaku merayu kepadaNya, meminta pertolonganNya.. sesungguhnya aku sudah tidak berdaya lagi.. 

Terima kasih kepada kawan-kawan yang tidak putus-putus mengucapkan Selamat Hari Lahir, yang mendoakan kesejahteraanku dunia akhirat, dimurahkan rezki dan mendoakan aku dalam rahmat Allah SWT. Sungguhpun kami telah lama terpisah, tetapi dengan adanya facebook, aku merasakan mereka sangat dekat padaku. Mereka adalah rakan-rakanku sejak dari sekolah rendah, dari sekolah menengah, semasa dalam diploma, semasa dalam ijazah, semasa aku menjadi guru, semasa aku di Takaful Malaysia dan juga mereka rakan seperjuangan berdakwah dalam Takaful Ikhlas bersamaku....tidak putus-putus aku menerima ucapan selamat dan doa dari mereka termasuk dari anak-anak buahku .. Terhibur hati ini seketika walaupun ada rasa terkilan dihati..

Tiada apa yang istimewa hari ini.. Aku bekerja seperti biasa, petangnya hari pula aku ke 'gym' seperti biasa, dan pulang ke rumah pada waktu Maghrib. Di antara Maghrib ke Isyak, aku melagukan  Surah 'Yasin', Surah 'As Sajdah' & Surah' Al Mulk ' yang menjadi amalan aku setiap malam sementara menunggu azan Isyak dilaungkan. Terima kasih kepada bekas suamiku yang dahulunya berjaya mentarbiahkan aku tentang pentingnya mengamalkan surah-surah ini setiap malam. Allah mengampunkan dosa-dosa besar dan Allah selamatkan kita dari seksaan api neraka... dengan izinNya..

Hanya sedikit kemanisan dan kebahgiaan dalam hidup.. tetapi sekurang-kurangnya aku telah merasainya dan aku bersyukur.. Dalam usiaku kini, Allah SWT telah menerima aku menjadi tetamunya, memberi aku peluang berpuasa di Kota Mekah dan Madinah, memberi peluang aku bertarawikh depan Kaabah, melakukan Qiammulail di subuh hening didepan Multazam iaitu di pintu Kaabah, memberi peluang aku melakukan 7 umrah dan satunya telah kuhadiahkan kepada arwah ayahku... insan yang paling aku sayang.. lelaki yang tidak pernah melukakan hatiku..

Allah memberi peluang padaku masuk ke Taman Raudhah, berdoa menghadap Makam Nabi.. Allah memberi aku peluang memanjat Jabal Rahmah tempat dimana Nabi Adam & Siti Hawa ditemukan setelah terpisah beratus tahun lamanya.. dan di sinilah juga.. doaku yang tidak habis diperkenankan Allah... 

Aku memohon kepada Allah, kurniakanlah aku seorang suami yang dapat membimbing aku, mendidik aku untuk menjadi isteri yang solehah.. Allah kabulkan permintaan aku dan mengizinkan aku menjadi seorang isteri tetapi  doaku tidak habis dipenghujungnya iaitu bukan suami orang... Ya...aku bernikah dengan suami orang.. dengan izin isteri pertama..

Allah mengizinkan aku untuk bahgia walau sekejap cuma.. Telah tertulis sejak azali untukku ajal, maut, jodoh dan rezki..dan aku redha.  Allah menguji tahap kesabaran dan keimanan aku.. Allah memberi aku peluang untuk menjadi isteri solehah.. Allah memberi aku peluang mengandungkan zuriat suami walau berkesudahan anak-anakku diambil Nya kembali..  Allah memisahkan aku dan suamiku setelah aku kehilangan anak kedua dengan kesakitan yang amat sangat.. hatiku hancur berderai.. imanku rosak seketika menerima takdirNya.. 

Aku runtuhkan masjid yang terbina, aku menggegarkan tiang arasy.. aku menerima talak dari suamiku atas permintaanku dengan deraian airmata.di bulan suci..8 Syawal dalam keadan aku sedang berpuasa 6.. tidak pernah aku menyangkakan jodoh yang dibina atas dasar cinta, berkesudahan dengan perpisahan yang menyakitkan setelah 7 tahun 2 hari aku berkhidmat untuk suamiku, mencari redha Allah.. merebut 7 dulang pahala emas..

Wahai anak-anakku sayang.. Kalaulah Allah izinkan kalian berada di muka bumi ini, menerima kasih sayang dari ayah, kalian berdua seorang berumur 6 tahun manakala seorang lagi berusia setahun 6 bulan.. tentu Umi bahgia melayan kaletah kalian berdua.. Wahai anak-anakku sayang.. Umi redha ketetapan Allah dan Umi mengerti mengapa Allah tidak mengizinkan kalian lahir ke bumi...  Sekiranya Allah ambil nyawa Umi sekarang, kalian berdua ada menanti Umi di sana walau pun Umi tidak punya sesiapa untuk mendoakan Umi nanti.. Wahai anak-anakku sayang... biarlah Umi saja yang menanggung derita di dunia, tidak sanggup Umi melihat kalian berdua menanggungnya...

Wahai anak-anakku yang 6 orang... Umi menerima kalian semua.. andainya nanti Allah bukakan pintu hati kalian untuk mencari Umi... Umi bahgia ..  Walau tiada lagi ikatan suami isteri dengan ayah, tetapi antara kita.. kalian adalah anak-anak Umi..

Wahai lelaki yang aku cintai sepenuh hati... aku masih belum dapat memaafkanmu.. Moga Allah SWT bukakan ruang dihatiku untuk memaafkanmu.. Tiada lagi perasaan kasih dan sayang dihati ini, yang ada kesakitan yang amat dalam.. yang tak mudah aku lupakan.. 

Aku sebatang kara di sini... Keseorangan dalam teratak sepi.. Mengharap kasih yang tidak pasti.. dan aku masih menanti.. aku merindui untuk berkhidmat kepada suami... mencari syurga Allah dengan redha suami.. merebut 7 dulang pahala emas yang tak mungkin aku perolehi selagi aku masih bersendiri..

Dan kini aku mengerti.. Aku belum 'CUKUP BAIK' untuk hidup bersama 'ORANG YANG BAIK-BAIK'

aku nikahimu kerana Allah..

Alhamdulillah segala puji dan syukur kepada Allah kerana memberi hidup yang istimewa buat saya,saya percaya Allah juga memberi hidup yang istimewa buat anda,sama-sama kita bersyukur. Post ini bersifat perbincangan,sebarang nasihat,pandangan dan teguran,sila tulis di ruangan komen.
Kita merancang dan Allah juga merancang,pastinya rancangan Allah itu lebih baik. Saya merancang ingin berkahwin, ingin merisik seorang gadis yang telah lama saya kagumi tetapi saya tidak berani meluahkan hasrat ini kepada si gadis sebab saya tahu kahwin bukanlah satu perkara yang main-main,tanggungjawabnya besar dan tempohnya bukan sampai saya mati tapi sampai akhirat.
Jujurnya ketika itu saya merasakan sudah layak untuk berkahwin tetapi perasaan malu dan takut itu mengatasi keyakinan yang ada, akhirnya saya mendiamkan diri. Sebelum ini saya pernah bincangkan soal ini dengan umi saya dan umi telah mengatur 1 kali pertemuan dengan anak kepada kawan baiknya tetapi pertemuan pertama itu gagal atas sebab peribadi si gadis. Kemudian ibu saudara saya pula mengatur pertemuan antara saya dengan anak muridnya tetapi pertemuan ini juga gagal sebab masalah dalam keluarga saya pula.Jadi saya beranggapan,lebih baik saya cari sendiri.
Saya tidak pernah bincang soal kahwin dengan ayah saya sebab segan jadi umi tolong sampaikan hasrat saya kepadanya. Satu hari saya dapat mesej daripada ayah,ayah beri izin kepada saya untuk berkahwin dan suruh saya cari calon saya sendiri, sungguh perancangan Allah itu sungguh hebat.
Lepas saya dapat mesej gembira tersebut,saya mendapat khabar berita yang gadis yang saya suka sudahpun dilamar orang,bukan sebarang orang,orang yang lebih hebat daripada saya. Saya anak jantan,saya tak menangis malah saya tidak bersedih tetapi saya kagum dengan percaturan yang Allah berikan.
“Ah,kahwin dengan dia  la macam ni…”Monolog saya seorang diri.
Pada malam yang sama,saya ditegur oleh dia. Saya kaget sebentar sebab jarang benar saya ditegur oleh perempuan. Oh, bukan di dunia sebenar,hanya di Facebook Chat xP.
“Sorry sebab ganggu tapi saya nak tanya sesuatu boleh?”
“Boleh,boleh^^”
“Macamana orang boleh berkahwin walaupun tak kenal? Maksud saya,macamana perkahwinan macam tu boleh kekal lama?”
“Abang saya kahwin pun tak kenal pasangan dia. Oh,Umi Aboh saya pun kahwin tak kenal,family yang tolong carikan. Bukan ke standard family carikan?”
“Ye,tu dulu tapi sekarang lain.”
“Well,kahwin ni mesti ada sebab baru boleh kekal lama..”
“Sebab?”
“Yup,kerana agama ke kerana anak ke..”
“Ok,boleh tanya soalan peribadi?”
“Yup,”
“Kenapa awak nak kawin?”
Saya terkesima,saya tiada jawapan. Memang saya nak kahwin tapi saya tak tahu kenapa saya nak kahwin. Saya fikir,kalau untuk puaskan nafsu yang sudah lama ditahan,kalau sudah buat,lepas tu? Kalau untuk anak,kalau isteri saya mandul? Kalau untuk harta,kalau keluarga dia jatuh miskin? Kerana Allah? Saya tak mahu tipu pembaca,tak,lansung saya tak faham kahwin kerana Allah itu macamana,saya perlukan penjelasan tentangnya. Jadi untuk apa saya nak kahwin?
Perbualan antara saya dengan dia terhenti di situ,saya berterus terang dengannya,saya pun tak tahu kenapa saya mahu berkahwin.
Saya tidak tahu dan mungkin sebab inilah Allah aturkan si gadis yang saya kagumi selama ini dipinang orang lain,saya tidak sesuai lagi buatnya,saya masih terkapai-kapai mencari jawapan sedangkan dia sudah bersedia. Ketepikan dulu kisah cinta sedih ini,kita berbalik kepada isu utama,kenapa saya mahu kahwin?
Kalau kita kahwin,kemudian isteri kita persoalkan,kenapa abang kahwin dengan saya(awal-awal mana panggil sayang lagi)? Mungkin kita boleh tipu dia dengan pelbagai jawapan tapi jujurnya,penipuan itu akan mendatangkan resah ke dalam hati,pastinya orang yang suka fikir sesuatu secara mendelam macam saya tidak akan duduk senang,soalan itu akan diulang di dalam hati dan otak berkali-kali sampai ada jawapan. Kalau ada jawapan,perkahwinan itu selamat tapi kalau tiada? Takkan tali yang baru diikat perlu dicerai kembali?
Saya terus mencari jawapan,mencari sebab dan matlamat kenapa saya mahu kahwin.
Dalam usaha saya mencari jawapan,saya dapat simpulkan sedikit jawapan bagi memuaskan hati saya tetapi tidak kukuh bagi membenarkan saya berkahwin. Pada pendapat saya,yang dimaksudkan berkahwin kerana Allah ialah kahwin itu Sunnah Rasulullah,salah satu perkara yang dituntut. Dengan ikatan perkahwinan,separuh agama kita sudah sempurna tetapi tak bermakna dengan lafaz ‘aku terima nikahnya’ agama kita terus penuh separuh,tidak,agama kita hanya akan penuh separuh andaikata kita jalankan tugas kita sebagai orang yang berkahwin iaitu suami(bagi lelaki).
Tugas seorang suami menerima isterinya dengan hati yang terbuka,melayani dia dengan sebaiknya dan kalau diberi rezeki tambahan iaitu kurnian cahaya mata,maka tanggungjawab semakin bertambah,bukan sahaja isteri yang harus dijaga tapi anak itu juga.Seorang suami yang berkahwin kerana Allah bukan sahaja bertanggungjawab dalam menjaga isterinya supaya sentiasa berada dalam keadaan Islam tetapi bertanggungjawab juga dalam membesarkan anak yang mampu berbuat seperti dia.
Apa yang dimaksudkan dengan ‘aku nikahi dikau kerana Allah’? Maaf,saya masih kabur tentangnya. Mungkin anda ada pendapat yang lebih bernas dan lebih kukuh,ayuh bincangkan,saya rasa perkara tidak salah kita bincangkan soal ini.
Ya Allah,kemudikan hati ini kepada Mu dan sertakanlah anak-anak kapal yang kenal dengan Mu ke dalam kapal ini. Amin.

Sabtu, 12 November 2011

ketika aku berdoa

Ketika Aku Berdoa

Aku berdoa agar diberikan kekuatan…
Namun, Allah memberikanku cobaan agar aku kuat menghadapinya.
Aku berdoa agar diberikan kebijaksanaan…
Namun, Allah memberikanku masalah agar aku mampu memecahkannya.
Aku berdoa agar diberikan kecerdasan…
Namun, Allah memberikanku otak dan pikiran agar aku dapat belajar dari-Nya.
Aku berdoa agar diberikan keberanian…
Namun, Allah memberikanku marabahaya agar aku mampu menghadapinya.
Aku berdoa agar diberikan cinta dan kasih sayang…
Namun, Allah memberikanku orang-orang yang luka hatinya agar aku dapat berbagi dengannya.
Aku berdoa agar diberikan kebahagiaan…
Namun, Allah memberikanku pintu kesempatan agar aku dapat memanfaatkannya.

Ahad, 6 November 2011

pesanan buat muslimah

.::Assalamu'alaikum::.
Bila hati diserah kepada Allah, Tiada resah tiada gelisah, Bila apa yang diburu hanyalah demi mardhotillah, Hilang rasa gundah hidup rasa indah... Bila benih cinta disemai dahulu pada Yang Esa, Barulah akan menyusul cinta tulus sesama hamba... Pergilah duka, Hapuslah kecewa.. Kerana bahagia InsyaAllah akan tiba, Di dunia ini dan di akhirat sana, Dengan syarat Iman dan Taqwa, Kukuh disemai dan tersemat di jiwa, Amal soleh bukti setia, Seorang hamba kepada Rabbi...