Sabtu, 19 November 2011

aku nikahimu kerana Allah..

Alhamdulillah segala puji dan syukur kepada Allah kerana memberi hidup yang istimewa buat saya,saya percaya Allah juga memberi hidup yang istimewa buat anda,sama-sama kita bersyukur. Post ini bersifat perbincangan,sebarang nasihat,pandangan dan teguran,sila tulis di ruangan komen.
Kita merancang dan Allah juga merancang,pastinya rancangan Allah itu lebih baik. Saya merancang ingin berkahwin, ingin merisik seorang gadis yang telah lama saya kagumi tetapi saya tidak berani meluahkan hasrat ini kepada si gadis sebab saya tahu kahwin bukanlah satu perkara yang main-main,tanggungjawabnya besar dan tempohnya bukan sampai saya mati tapi sampai akhirat.
Jujurnya ketika itu saya merasakan sudah layak untuk berkahwin tetapi perasaan malu dan takut itu mengatasi keyakinan yang ada, akhirnya saya mendiamkan diri. Sebelum ini saya pernah bincangkan soal ini dengan umi saya dan umi telah mengatur 1 kali pertemuan dengan anak kepada kawan baiknya tetapi pertemuan pertama itu gagal atas sebab peribadi si gadis. Kemudian ibu saudara saya pula mengatur pertemuan antara saya dengan anak muridnya tetapi pertemuan ini juga gagal sebab masalah dalam keluarga saya pula.Jadi saya beranggapan,lebih baik saya cari sendiri.
Saya tidak pernah bincang soal kahwin dengan ayah saya sebab segan jadi umi tolong sampaikan hasrat saya kepadanya. Satu hari saya dapat mesej daripada ayah,ayah beri izin kepada saya untuk berkahwin dan suruh saya cari calon saya sendiri, sungguh perancangan Allah itu sungguh hebat.
Lepas saya dapat mesej gembira tersebut,saya mendapat khabar berita yang gadis yang saya suka sudahpun dilamar orang,bukan sebarang orang,orang yang lebih hebat daripada saya. Saya anak jantan,saya tak menangis malah saya tidak bersedih tetapi saya kagum dengan percaturan yang Allah berikan.
“Ah,kahwin dengan dia  la macam ni…”Monolog saya seorang diri.
Pada malam yang sama,saya ditegur oleh dia. Saya kaget sebentar sebab jarang benar saya ditegur oleh perempuan. Oh, bukan di dunia sebenar,hanya di Facebook Chat xP.
“Sorry sebab ganggu tapi saya nak tanya sesuatu boleh?”
“Boleh,boleh^^”
“Macamana orang boleh berkahwin walaupun tak kenal? Maksud saya,macamana perkahwinan macam tu boleh kekal lama?”
“Abang saya kahwin pun tak kenal pasangan dia. Oh,Umi Aboh saya pun kahwin tak kenal,family yang tolong carikan. Bukan ke standard family carikan?”
“Ye,tu dulu tapi sekarang lain.”
“Well,kahwin ni mesti ada sebab baru boleh kekal lama..”
“Sebab?”
“Yup,kerana agama ke kerana anak ke..”
“Ok,boleh tanya soalan peribadi?”
“Yup,”
“Kenapa awak nak kawin?”
Saya terkesima,saya tiada jawapan. Memang saya nak kahwin tapi saya tak tahu kenapa saya nak kahwin. Saya fikir,kalau untuk puaskan nafsu yang sudah lama ditahan,kalau sudah buat,lepas tu? Kalau untuk anak,kalau isteri saya mandul? Kalau untuk harta,kalau keluarga dia jatuh miskin? Kerana Allah? Saya tak mahu tipu pembaca,tak,lansung saya tak faham kahwin kerana Allah itu macamana,saya perlukan penjelasan tentangnya. Jadi untuk apa saya nak kahwin?
Perbualan antara saya dengan dia terhenti di situ,saya berterus terang dengannya,saya pun tak tahu kenapa saya mahu berkahwin.
Saya tidak tahu dan mungkin sebab inilah Allah aturkan si gadis yang saya kagumi selama ini dipinang orang lain,saya tidak sesuai lagi buatnya,saya masih terkapai-kapai mencari jawapan sedangkan dia sudah bersedia. Ketepikan dulu kisah cinta sedih ini,kita berbalik kepada isu utama,kenapa saya mahu kahwin?
Kalau kita kahwin,kemudian isteri kita persoalkan,kenapa abang kahwin dengan saya(awal-awal mana panggil sayang lagi)? Mungkin kita boleh tipu dia dengan pelbagai jawapan tapi jujurnya,penipuan itu akan mendatangkan resah ke dalam hati,pastinya orang yang suka fikir sesuatu secara mendelam macam saya tidak akan duduk senang,soalan itu akan diulang di dalam hati dan otak berkali-kali sampai ada jawapan. Kalau ada jawapan,perkahwinan itu selamat tapi kalau tiada? Takkan tali yang baru diikat perlu dicerai kembali?
Saya terus mencari jawapan,mencari sebab dan matlamat kenapa saya mahu kahwin.
Dalam usaha saya mencari jawapan,saya dapat simpulkan sedikit jawapan bagi memuaskan hati saya tetapi tidak kukuh bagi membenarkan saya berkahwin. Pada pendapat saya,yang dimaksudkan berkahwin kerana Allah ialah kahwin itu Sunnah Rasulullah,salah satu perkara yang dituntut. Dengan ikatan perkahwinan,separuh agama kita sudah sempurna tetapi tak bermakna dengan lafaz ‘aku terima nikahnya’ agama kita terus penuh separuh,tidak,agama kita hanya akan penuh separuh andaikata kita jalankan tugas kita sebagai orang yang berkahwin iaitu suami(bagi lelaki).
Tugas seorang suami menerima isterinya dengan hati yang terbuka,melayani dia dengan sebaiknya dan kalau diberi rezeki tambahan iaitu kurnian cahaya mata,maka tanggungjawab semakin bertambah,bukan sahaja isteri yang harus dijaga tapi anak itu juga.Seorang suami yang berkahwin kerana Allah bukan sahaja bertanggungjawab dalam menjaga isterinya supaya sentiasa berada dalam keadaan Islam tetapi bertanggungjawab juga dalam membesarkan anak yang mampu berbuat seperti dia.
Apa yang dimaksudkan dengan ‘aku nikahi dikau kerana Allah’? Maaf,saya masih kabur tentangnya. Mungkin anda ada pendapat yang lebih bernas dan lebih kukuh,ayuh bincangkan,saya rasa perkara tidak salah kita bincangkan soal ini.
Ya Allah,kemudikan hati ini kepada Mu dan sertakanlah anak-anak kapal yang kenal dengan Mu ke dalam kapal ini. Amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan